Saturday 5 March 2011

kerja kursus ctu551 :tokoh islam dan kegiatan masjid di kariah anda

TAJUK:
Tokoh Islam dan Kegiatan Masjid Di Kariah Anda

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551

DISEDIAKAN OLEH:
Nurul Athieqah Binti Saad
No. matrik: 2010843706
Kumpulan: BMB2Bc

PROGRAM:
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia
(BM223)

TARIKH HANTAR:
07/03/2011









ISI KANDUNGAN:

1.       Abstrak
2.       Pendahuluan
3.       Tokoh Islam
- Latar Belakang
- Pendidikan
- Pekerjaan
4.       Latar Belakang Masjid
5.       Kegiatan Masjid
-   Ceramah Agama
-   Ibadat Korban
-   Majlis Berbuka Puasa
-   Pengagihan  bubur lambuk
-   Sambutan Maulidur Rasul
-   Kursus Asas Haji Tahun 1432H / 2011M
-   Majlis Khatam Al-Quran
5.       Masalah masjid dan cara penyelesaiannya
6.       Harapan
7.       Penutup
8.       Bibliografi







ABSTRAK:

Tokoh merupakan golongan intelektual yang mempunyai kemempuan yang tinggi untuk berfikir. Menurut Syed Hussein Al-Attas dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun, golongan intelektual merupakan kumpulan kecil dalam sesebuah masyarakat. Ini bermakna tidak semua anggota masyarakat mampu mencapai taraf golongan intelektual. Ini kerana tidak semua orang boleh berfikir seperti seorang intelek. Masjid dibina untuk kemudahan umat Islam seluruhnya untuk beribadat kepada yang Maha Esa. Setiap kawasan perumahan ataupun kampung akan dibina sebuah masjid untuk kegunaan umat Islam. Selain daripada tujuan utama masjid dibina iaitu untuk melakukan solat secara berjemaah, masjid juga dijadikan tempat untuk mengeratkan silaturahim sesama umat islam. Hukum solat adalah fardu ain dan melakukan solat secara berjemaah adalah fardu kifayah. Selain itu, masjid juga dibina untuk mengadakan aktiviti seperti ceramah agama, korban, majlis berbuka puasa, mengacau bubur asyura dan bubur lambuk, mengadakan sambutan Maulidur Rasul, kursus Asas Haji dan majlis khatam al-Quran. Oleh itu, orang yang ikhlas memakmurkan masjid atau lebih dikenali sebagai rumah Allah akan mendapat ganjaran yang besar dan mendapat rahmat di dunia dan akhirat. Penduduk setempat akan menjalani kehidupan yang selesa, tenang dan harmoni di samping mengimarahkan masjid.

PENDAHULUAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya dapat saya siapkan tugasan CTU yang diamanahkan oleh Ustaz Abd Aziz bin Harjin dengan baiknya. Terima kasih kepada Ustaz Abd Aziz kerana telah memberi tunjuk ajar yang sewajarnya bagi menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada imam masjid yang banyak membantu saya ketika sesi temubual ini dijalankan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan baik saya dan juga kepada keluarga saya kerana banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Dengan adanya tugasan ini, saya dapat memperoleh pengetahuan tentang tokoh islam beserta dengan aktiviti yang dijalankan di masjid dimana tempat tokoh islam yang saya temubual itu bertugas sebagai seorang imam.

TOKOH ISLAM
Latar Belakang
Nama beliau ialah Haji Husin bin Ahmad. Beliau berumur 77 tahun dan beliau dilahirkan pada tahun 1933. Haji Husin berasal daripada Rambung, Kupang negeri Kedah. Pada tahun 1966, beliau telah berkahwin dengan Zaitun Binti Haji Abdul Hamid. Hasil daripada perkahwinannya dengan Puan Zaitun, mereka dikurniakan empat (4) orang cahaya mata. Kini, kesemua 4 orang anaknya telah bekerja.  Anak sulung beliau telah bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Pulau Pinang manakala anak bongsunya bekerja sebagai juruteknik.

          Haji Husin Bin Ahmad

Pendidikan
Beliau telah memulakan pengajian di Yayasan Qariah Kampung Pisang, Kubang, Kedah. Pada tahun 1955, beliau talah berhijrah ke Kubang Ulu di Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk belajar ilmu agama dengan lebih mendalam di situ.

Pekerjaan
Pada tahun 1959, beliau diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai guru di Sekolah Rendah Madrasah Manabil Ulum yang bertempat di Kubang Ulu, Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beberapa tahun kemudian guru besar Sekolah Rendah Manabil Ulum telah berpindah ke Pahang. Oleh itu, Haji Husin Bin Ahmad telah diberi mandat ataupun kepercayaan untuk menggantikan jawatan guru besar di Sekolah Rendah Manabil Ulum. Oleh kerana Sekolah Rendah Manabil Ulum kekurangan kakitangan, Haji Husin juga diberi tanggungjawab sebagai setiausaha sambil mengajar. Pada tahun 1975, seorang ulama bernama Abdul Ghani telah melawat Sekolah Rendah Manabil Ulum untuk melihat sukatan pelajarannya. Ulama tersebut menyuruh Haji Husin mendaftar Sekolah Rendah Manabil Ulum dari taraf sekolah rendah ke taraf sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 1994, Haji Husin telah dilantik sebagai Pengetua Sekolah Rendah dan Menengah Manabil Ulum. Di samping menjadi guru dan pengetua di Manabil Ulum , beliau turut menjadi imam dan pengerusi di Masjid Manabil Ulum, Penanti, Bukit Mertajam berdekatan dengan Madrasah Manabil Ulum.

LATAR BELAKANG MASJID
Nama masjid iaitu tempat dimana Haji Husin menjadi seorang imam dan pengerusi ialah Masjid Kubung Ulu. Masjid ini terletak di Penanti, Bukit Mertajam iaitu berdekatan dengan Madrasah Manabil Ulum. Masjid ini didirikan pada tahun 1952 dan diasaskan oleh salah seorang penduduk Kampung  Kubang Ulu pada masa itu. Dari segi pengurusan, Haji Husin Bin Ahmad telah dilantik menjadi imam dan pengurusi di Masjid Kubang Ulu.


                 Masjid Kubang Ulu

KEGIATAN / AKTIVITI MASJID
Ceramah Agama
Kebiasaannya, setiap tahun sempena sambutan Maulidur Rasul, ceramah agama akan diadakan. Sambutan Maulidur Rasul sangat besar ertinya dalam kita menghayati dan merenung betapa besar jasa dan pengorbanan Rasulullah S.A.W menegakkan tauhid serta menyampaikan amanahnya. Lahirnya Nabi Muhammad S.A.W telah membawa rahmat untuk sekalian alam dan menjadi teladan kepada seluruh umat manusia. Baginda juga adalah guru tempat kita membuat rujukan kerana pada diri baginda terdapat banyak nilai-nilai budi pekerti yang mulia yang boleh dijadikan contoh kepada semua umat manusia.
Dengan adanya sambutan Maulidur Rasul ini, ia dapat mengajak semua lapisan masyarakat tidak kira umur ataupun pangkat agar menjadikan smbutan ini sebagai satu titik permulaan bagi mencetuskan semula kegemilangan umat islam di seluruh dunia. Rasulullah S.A.W  juga merupakan model yang terbaik dalam semua aspek kehidupan dunia mahupun akhirat.

Ibadat Korban
Sebagai seorang hamba yang mematuhi dan mengamalkan perintah Allah S.W.T, Nabi Ibrahim a.s diperintahkan mengorbankan anaknya iaitu Ismail lalu digantikan dengan seekor kibas. Peristiwa itu merupakan satu pengajaran dan sunat muakad kepada seluruh umat islam supaya bersedekah sebahagian daripada harta mereka untuk fakir miskin. Pada Hari Raya Aidiladha yang lepas, masjid Kubang Ulu telah mengadakan ibadah korban. Sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan dan dibahagikan kepada penduduk kampung. Penyembelihan ini dilakukan selepas sembahyang sunat Aidiladha di perkarangan masjid.

aktiviti penyembelihan lembu

Majlis Berbuka Puasa
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang amat dinanti-nantikan kedatangannya oleh mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Pada bulan Ramadhan ini, segala amalan baik akan dilipatgandakan dan seterusnya memberi peluang kepada seluruh umat islam untuk beramal sebanyak mungkin. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Masjid Kubang Ulu ialah majlis berbuka puasa bersama-sama dengan penduduk setempat. Dengan adanya aktiviti sebegini, ia dapat mengeratkan silaturahim antara orang islam.

Pengagihan Bubur Lambuk
Bulan puasa memang sinonim dengan juadah bubur lambuk, malah juadah enak untuk berbuka puasa ini bagaikan satu perkara wajib setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak. Justeru itu,  bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Masjid Kubang Ulu turut mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada masyarakat setempat dan juga orang awam. Program ini telah menarik minat dan mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan peringkat umur.  Pada bulan Ramadhan yang lepas, sebanyak 2 buah kawah bubur lambuk dimasak secara gotong-royong bersama dengan masyarakat setempat dan diagihkan kepada orang ramai bermula selepas solat Asar.


gotong-royong membuat bubur lambuk

Sambutan Maulidur Rasul
Pada 15 Februari 2011, seawal jam 7.00 pagi pihak Masjid Kubang Ulu telah mengadakan perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1432H yang disambut dengan meriah. Peserta-peserta perarakan terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Manabil Ulum, badan-badan berkanun, badan-badan bukan kerajaan dan lain-lain.

Kursus Asas Haji Tahun 1432H / 2011M
Pada 27 Februari 2011 iaitu pada hari ahad yang lepas, Haji Husin Bin Ahmad telah merasmikan pelancaran kursus tersebut. Kursus Asas Haji ini akan diadakan sebanyak 17 siri dan yuran kursus dikenakan sebanyak RM 50.00 seorang. Kursus ini dianjurkan oleh Masjid Kubang Ulu dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Bukit Mertajam. Lazimnya setiap tahun, sebelum tibanya bulan haji, pelbagai agensi swasta dan kerajaan akan mengadakan kursus-kursus haji sebagai perediaan kepada bakal-bakal haji. Masjid Kubang Ulu turut sama mengambil peluang mengadakan kursus haji kepada bakal-bakal haji dalam wilayahnya bagi kemudahan mereka.

peserta mendengar ceramah kursus haji

Khatam al-Quran
Majlis khatam al-Quran ini telah disempurnakan sendiri oleh Pengerusi Masjid Kubang Ulu iaitu Haji Husin Bin Ahmad. Seramai 60 orang pelajar kelas-kelas al-Quran di bawah pengendalian Madrasah Manabil Ulum telah lulus ujian khatam al-Quran bagi tahun 2009. Program khatam al-Quran merupakan program tahunan dan ianya mempunyai beberapa objektif tertentu. Antaranya ialah untuk melahirkan generasi berilmu dan bertaqwa berpandukan al-Quran dan hadis dan sebagai galakkan kepada generasi muda ke arah mendekati dan mengamalkan ajaran al-Quran.

MASALAH MASJID DAN CARA PENYELESAIANNYA
Masalah yang dihadapi di Masjid Kubang Ulu ialah masjid ini pernah dimasuki oleh pencuri. Banyak peralatan masjid dicuri antaranya ialah pembesar suara, permaidani dan lain-lain. Selain itu, para musafir yang datang beristirehat di masjid itu turut mengotorkan kawasan masjid seperti membuang sampah di merata-rata tempat
Oleh itu, pelbagai inisiatif diambil untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Bagi kes kecurian, pihak masjid telah memasang kamera litar tertutup ataupun CCTV di masjid tersebut. Dengan adanya CCTV seluruh kawasan masjid dapat dipantau dari semasa ke semasa. Manakala bagi kes membuang sampah di merata-merata tempat pula, papan tanda telah dipasang di kawasan masjid seperti “ DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI KAWASAN INI”. Hal ini dapat memberi peringatan kepada orang ramai untuk menjaga kebersihan di kawasan masjid.

HARAPAN
Harapan Haji Husin bin Ahmad untuk Masjid Kubang Ulu ialah ingin mewujudkan latihan berzanji dan marhaban untuk golongan remaja. Hal ini kerana apabila adanya aktiviti sebegini golongan remaja tidak membuang masa mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak dan sebagainya. Selain itu, dari segi dakwah pula  beliau ingin menjemput para penceramah yang lebih arif bagi menyampaikan ilmu tentang agama dengan lebih mendalam lagi.

KESIMPULANNYA
Kesimpulannya, masjid merupakan rumah allah dan tempat kita melakukan rumah ibadat dengan tenang dan kusyuk. Oleh itu, janganlah hanya menghias masjid untuk kelihatan cantik dimata tetapi marilah kita bersama-sama mengimarahkan dengan melakukan amal ibadah yang wajib tidak juga lupa yang sunat.

BIBLIOGRAFI
-        Haji Husin Bin Ahmad
Pengetua Sekolah Rendah dan Menengah Manabil Ulum
Merangkap Imam dan Pengerusi Masjid Kubang Ulu
-        Buku tamadun islam oleh Federal Marshall Cavendish Education